Selamat Datang Ke RYL2u.com!

JANA PENDAPATAN LUMAYAN

Kami menyediakan sistem untuk anda menjana pendapatan dalam bisnes online dengan mudah.

Baca lagi..
Selamat Datang Ke RYL2u.com!

Realisasikan Impian Anda

Platform untuk perniagaan online dengan risiko yang sangat rendah.

Baca lagi..


Asslamualaikum w.b.t dan salam sayang kepada semua Warga Ryl legacy group holding sdn bhd (RLGH).

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana memilih RLGH sebagai medan perjuangan anda.

Selamat datang ke alam kebebasan kewangan dan gaya hidup terangsang RLGH.Ini bermakna anda mengucapkan selamat tinggal kepada rutin hidup yang penuh tekanan.Tahniah diucapkan kepada anda kerana bijak mengguna kuasa pilihan, dengan membuat pilihan yang betul iaitu memilih perniagaan RLGH.

RLGH, Perniagaan berorientasikan sistem Network Marketing Tulen.Ianya bukan skin piramid atau skim cepat kaya.RLGH memberi peluang kepada anda untuk mengubah kehidupan dan membantu insan lain, justeru perniagaan network marketing bukan sekadar pemasaran produk, tetapi ianya berkenaan budi dan jasa.
Network Marketing adalah benar-benar satu peluang perniagaan di alaf ini, justeru perniagaan network marketing atau MLM adalah satu industri yang mengungguli sistem perniagaan bebas dewasa ini.

Dunia sedang menyaksikan satu aliran raksasa dalam industri Network Marketing dengan penghasilan jualan mencecah ratusan billion US dolar setahun dan ianya terus berkembang pada tahap fenomenal.Begitu juga di Malaysia dan seluruh rantau Asia Pasifik, menunjukkan pertumbuhan dengan kadar Multi Billion Ringgit, dan terus berkembang tahun demi tahun meskipun semasa kegawatan ekonomi dunia.Oleh kerana itu,RLGH tentunya menjadi wadah perjuangan yang relevan untuk anda berjuang merealisasi impian anda, keluarga, bangsa, agama dan sekaligus membantu memacu ekonomi negara.

Kami menyediakan rancangan menarik & berinovasi, yang prinsip-prinsip keadilan kepada pengguna dan usahawan (rakan niaga) menjadi teras penting.Kami, di RLGH tidak sekali-kali berkompromi dalam soal kualiti & kesucian (halal) produk, serta kesan negatif dari penggunaan produk.

Kami di RLGH sentiasa menghayati falsafah 'MEMBINA KEJAYAAN DIATAS KEJAYAAN ORANG LAIN” dan hanya percaya, sebuah kejayaan jangka masa panjang dan mulia mestilah dibina berasaskan kejayaan orang lain.Justeri itu, skim piramid / skim cepat kaya tetap kami tolak secara total.

Sayugia diingatkan, janganlah anda mudah terpedaya dengan sistem perniagaan yang tidak beretika seperti itu.Sesungguhnya kejayaan perlu bermula dari bawah dan perlu dibina, justeru " kejayaan adalah satu proses pembinaan dalam menuju kebebasan kewangan".

Dengan produk kesihatan, kecantikan dan lain-lain produk RLGH yang dikomposisikan daripada bahan mewah semulajadi yang berprestij serta terbukti keberkesanannya dan pelan pemasaran unik dan adil RLGH, bererti anda berpeluang untuk membantu insan-insan lain.Sebagai balasannya, anda akan memperoleh kemenangan dari kerja mulia ini.Ini adalah satu situasi kemenangan berkembar di samping anda dapat membina kesihatan dan personaliti diri, dan dalam masa yang sama anda juga akan mendapat kemerdekaan kewangan daripada pelan pemasaran unik dan adil kami.

Untuk melangkah ke dunia kemenangan ini bersama RLGH , bertindaklah dengan cara betul, sebagaimana usahawan berjaya yang lain melakukannya.Oleh yang demikian jangan diabaikan dua perkara penting, pertama: Gerakkan barangan dan kedua: Membina rangkaian.Menghadiri mesyuarat (perjumpaan pengedar), latihan perniagaan dan seminar motivasi menjadi antara rukun dan tabiat yang perlu diamalkan.

Sediakan pelan tindakan.Gunakan kalendar aktiviti bulanan (MAP/ Monthly Activity Planner) dan amalkan setiap malam sebelum anda tidur untuk mencatat apa saja aktiviti yang perlu anda lakukan keesokkannya dengan mengguna Pelan Aktiviti Harian (DAP/ Daily Activity Planner). Dan bertindaklah berpandukan catatan pada kalendar aktiviti harian tersebut.
Bermulalah dengan apa yang anda ada, sekarang juga.Jangan menunggu hingga anda benar-benar bersedia untuk melakukannya.Sesungguhnya anda tidak ketemui waima sehari pun, hari yang anda benar-benar bersedia.Melangkahlah kehadapan dengan berani dan jangan biarkan orang lain memindahkan ketakutan kepada anda dan menghalang anda melakukan perubahan.

Gantunglah impian anda setinggi di langit biru, seandainya gugur sedikit tersangkut juga di awan, dan rendahkanlah hati anda serendah mutiara di dasar lautan, seandainya timbul sedikit, tersangkut juga di batu batan.

Dengan potensi tanpa batas yang anda miliki, bertindaklah dengan komitmen yang total tanpa memberi apa-apa alasan.jangan takut menghadapi kegagalan, justeru kegagalan bukanlah sesuatu yang muktamad. Ianya bermaksud Tuhan ada rancangan yang lebih baik untuk anda.Orang yang berjaya, bukan tidak pernah jatuh, tetapi dia sanggup bangkit semula setiap kali dia jatuh.

Akhir kalam ddari saya, marilah sertai perjuangan RLGH dengan penuh kasih sayang, ikhlas dan tabah hati.Dan kita bantu insan yang memerlukan tanpa mengharap apa-apa balasan dari mereka kecuali dari Tuhan Yang Maha Berkuasa.

"Saya doakan kejayaan anda"


DATUK FERRUL EYMAN

- PENGASAS DAN PENASIHAT
RYL LEGACY GROUP OF COMPANIES